Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PROGRAM ‘KOREA ICT VOLUNTEER’

Aktiviti Terkini | 25 Julai - 20 Ogos 2019

Program ini dapat mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat dan memberi peluang sukarelawan Korea untuk menyampaikan ilmu pembangunan ICT bersama komuniti....baca selanjutnya

‘WELCOMING CEREMONY KOREAN ICT VOLUNTEER’

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2019

Pusat Internet Kg Hulu Chuchoh telah menganjurkan program ‘Welcoming Ceremony’ bersama sukarelawan International ICT Volunteer dari Korea. Tujuan program ini diadakan adalah untuk suai kenal antara pelajar korea dengan penduduk setempat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama National Information Society Agency of Korea (NIA) akan menganjurkan program “Korea ICT Volunteer”...baca selanjutnya

CHANTING BATIK BERSAMA PWB DUN SUNGAI PELEK & MPKK KAMPUNG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Aktiviti diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara aktiviti komuniti di Kg Hulu Chuchoh bersama PWB DUN Sungai Pelek & MPKK Kampung Hulu Chuchoh. Semua yang hadir dalam aktiviti mencanting ini terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak. Aktiviti ini juga bagi mengisi masa lama penduduk kampung dari bermain gajet, selain itu aktiviti ini boleh mengeratkan silaturahim sesama kaum Melayu, Cina dan India....baca selanjutnya

PROGRAM MEMASAK BERSAMA PENDUDUK BANGHURIS

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2019

Aktiviti ini telah disertai oleh ahli masjid dan kariah komuniti Kg Hulu Chuchoh, Kg Hulu Teris dan Kg Bukit Bangkong....baca selanjutnya

KARNIVAL MASJID AN- NUR BERSAMA KOMUNITI BANGHURIS

Aktiviti Terkini | 14 April 2019

Aktiviti diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli dalam kariah Masjid dan komuniti Hulu Chuchoh. Di samping itu, menggalakkan komuniti lebih dekat dengan masjid. Semua yang hadir di Karnival ini boleh Menyumbang Jualan Amal bagi pengumpulan Dana Pembangunan Masjid Hulu Chuchoh....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK LABU BATU 10

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Aktiviti ini telah disertai oleh Pusat internet Kg Hulu Chuchoh, Pusat Internet Kg Kering dan Pusat Internet LB Johnson. Kelebihan aktiviti ini adalah ingin memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kesan dan cara mengatasi masalah kepada pengguna internet....baca selanjutnya

PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA KOMUNITI BANGHURIS

Aktiviti Terkini | 06 April 2019

Aktiviti diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah antarakomuniti banghuris. Di samping itu, menggalakkan komuniti lebih dekat dengan jiran tetangga. Semua yang hadir di program ini dapat memupuk sikap toleransi dan kerjasama....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI (OVERSHARING) DI SMK DATO SHARUDDIN

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2019

Aktiviti ini telah disertai oleh Pusat internet Kg Hulu Chuchoh, Pusat Internet Kg Kering dan Pusat Internet LB Johnson yang melibatkan seramai 200 orang pelajar. Pelajar melihat sebuah video Klik Dengan Bijak mengenai Oversharing supaya mereka dapat membayangkan apa terjadi sekiranya mereka sendiri melakukan hal tersebut....baca selanjutnya

Guyupan Explorace Masjid Annur Kg Hulu Chuchoh

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2019

Aktiviti Explorace dan beriadah ini telah disertai oleh ahli komuniti Kg Hulu Chuchoh, Kg Hulu Teris dan Kg Bukit Bangkong...baca selanjutnya

Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Pusat Internet yang Aktif Sepanjang 2018

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Aktiviti diadakan bertujuan untuk perjumpaan dan ramah mesra sesama ahli Pusat Internet selain bertujuan untuk berterima kasih kerana komitmen mereka yang sangat baik telah diberikan kepada Pusat Internet Kg Hulu Chuchoh sepanjang tahun 2018...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti