Guyupan Explorace Masjid Annur Kg Hulu Chuchoh

Aktiviti terkini | 03 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai Kg Hulu Chuchoh

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti ini telah disertai oleh ahli komuniti Kg Hulu Chuchoh, Kg Hulu Teris dan Kg Bukit Bangkong.
Acara pagi dimulakan dengan senaman ringan.
Beberapa tugasan diberikan kepada setiap kumpulan dan mereka perlu menyelesaikan tugasan mereka mengikut masa yang ditetapkan.

Antara tugasan yang diberikan ialah:
- Mengasingkan kacang merah dan hijau
- Bawa bola dengan tali
- Merentas tasik asid
- Mencari 4 ekor belalang, 10 ekor semut, 3 jenis sayuran pucuk
- Minum jus pisang dan makan sandwich
- Mereka pakaian suku kaum di Malaysia dengan surat khabar

Tujuan :
• Mengeratkan silaturahim dalam komuniti.
• Dapat melatih diri bekerjasama dengan rakan.
• Memeriahkan dan mengaktifkan aktiviti komuniti di Kg Hulu Chuchoh.
• Menggalakkan aktiviti berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :