Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA PASTI AL JAWARIS

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2023

Program Sambutan Hari Merdeka dan dilaksanakan pada 22 Ogos 2023 di Pasti Al Jawaris...baca selanjutnya

KELAS APPS MIT INVENTOR: MEDIA COODING UNTUK ANAK-ANAK

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2023

MIT App Inventor merupakan platform untuk memudahkan proses pembuatan aplikasi sederhana tanpa harus mempelajari atau menggunakan bahasa pemrograman yang terlalu banyak...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI IBU BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2023

Dalam meraikan Hari Ibu , PWB telah mengadakan Sambutan hari ibu peringkat dun sungai pelek pada 4 jun 2023 bertempat di dewan kampung hulu chuchoh....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA PELADANG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2023

Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Peladang g telah mengadakan Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri peringkat daerah sepang pada 18 Mei 2023 bertempat di dewan kampung hulu chuchoh....baca selanjutnya

MENCIPTA POSTER RAYA DIGITAL MENGGUNAKAN APPS CANVA

Aktiviti Terkini | 28 April 2023

Sempena cuti sekolah, banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama kanak-kanak di sekitar pedi kg hulu chuchoh dengan aktiviti yang minimum dan ringkas....baca selanjutnya

DIY MASHCHOC & COOKIES CHOC

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023

Sempena cuti sekolah, banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama kanak-kanak di sekitar pedi kg hulu chuchoh dengan dengan belanja yang minimum dan ringkas...baca selanjutnya

BASIC KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2023

Shopee adalah aplikasi Marketplace online untuk jual beli di online dengan mudah dan cepat...baca selanjutnya

HARI BERSUKAN AL-JAWARIS BERSAMA PENDUDUK BANGHURIS

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023

Dalam usaha untuk meningkatkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk Kampung Banghuris (gabungan nama tiga kampung) dalam menggalakkan gaya hidup sihat,Pasti Al Jawaris bersama imam dan qariah masjid ulu teris) telah menganjurkan 'Sukaneka Perpaduan Bersama Penduduk Kampung Banghuris. Sukaneka berkenaan dibukakan kepada penduduk Kampung dan ahli-ahli keluarga yang ada talian kekeluargaan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti