Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN EKAD KREATIF

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Program ini diadakan bertujuan sebagai lanjutan daripada kelas ICT. Menguji kreativiti dan pemahaman peserta semasa dalam kelas ICT. Program ini juga merupakan serampang dua mata yang secara langsung menyampaikan maklumat info terkini mengenai kelas latihan komputer serta aktiviti-aktiviti anjuran PI1M kepada ahli-ahli PI1M....baca selanjutnya

BENGKEL KURSUS ASAS ICT (MEDIA SOSIAL)

Aktiviti Terkini | 04 & 05 November 2017

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai agama, AJK Masjid/Surau, Imam/Bilal, Guru Agama, Guru Takmir dan Guru KAFA ilmu berkaitan asas ICT (Media sosial) seperti emel,Youtube,Blog,Facebook...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI PI1M

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2017

Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat dan menitikkan beratkan keprihatinan ahli PI1M mengenai kebersihan di PI1M...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA MAMMOGRAM BERSAMA DUN SUNGAI PELEK

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2017

Aktiviti ini merupakan pemeriksaan kesihatan sebagai pengesanan awal terhadap kanser payudara kepada wanita terutamanya yang berusia 40 tahun ke atas. Ianya telah disertai oleh 35 orang wanita...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini |23 Julai 2017

Aktiviti ini telah menarik lebih 150 orang penduduk setempat untuk hadir di PI1M disamping menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sama ada indoor mahupun outdoor yang telah disediakan oleh pihak PI1M...baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

Bengkel Kecantikan

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Bengkel ini bertujuan mendekatkan PI1M dengan masyarakat dan membantu sebahagian daripada persiapan raya pengunjung-pengunjung PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI IBU

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2017

Pertandingan ini bertujuan mendekatkan PI1M dengan masyarakat dan bersama-sama menyambut Hari Ibu dengan pengunjung PI1M. Pertandingan mewarna ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tahap 1 (berumur 6 hingga 9 tahun) dan tahap 2 ( berumur 10 hingga 12 tahun)...baca selanjutnya

FESTIVAL NASI AMBENG

Aktiviti Terkini | 15 April 2017

Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung berkenaan kepentingan mengamalkan sikap BIJAK ketika melayari alam siber. Mendekatkan PI1M dengan masyarakat melalui aktiviti seperti ini disamping memberi panduan dan ilmu yang bermanfaat kepada pengunjung. Ianya sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat....baca selanjutnya

TAYANGAN VIDEO

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan mengisi masa lapang pengunjung PI1M dengan acara selain daripada melayari alam cyber. Menggalakkan aktiviti sosial yang bertujuan memberi motivasi kepada peserta. Diharap aktiviti ini dapat menggalakkan pengunjung di PI1M dapat melakukan aktiviti bentuk berfaedah dilakukan di dalam PI1M, sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat....baca selanjutnya

BENGKEL PENAMPILAN DIRI OLEH CIK LIYANA DARI MARY KAY DENGAN KERJASAMA PI1M HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 05 & 19 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini merupakan serampang 2 mata bagi PI1M selain menggalakkan aktiviti sosial ia juga bertujuan memberi motivasi dan keyakinan diri kepada peserta untuk memperbaiki penampilan diri. Dengan ini diharap aktiviti ini dapat menggalakkan pengunjung di PI1M dapat melakukan aktiviti bentuk berfaedah dilakukan di dalam PI1M, sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN DAM HAJI

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2017

Aktiviti ini telah menarik lebih 20 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli dan pengunjung PI1M. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat disamping memperkenalkan PI1M dengan lebih dekat kepada masyarakat. Dengan ini pengunjung di PI1M dapat melakukan aktiviti berfaedah dilakukan di dalam PI1M, sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti