INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Pengenalan

Kampung Hulu Chuchoh, Sepang, Selangor merupakan sebuah kampung yang tidak asing lagi kepada penduduk-penduduk desa seluruh negara dan diperingkat antarabangsa. Banyak kejayaan yang telah diraih oleh kampung ini. Kepelbagaian keupayaan di dalam pelbagai bidang telah membuktikan kampung ini mampu bergelar kampung maju, berdaya saing, menarik serta menguntungkan.

Dengan segala kemudahan prasarana dan sokongan pelbagai pihak, diharap ia akan dapat membantu dan membimbing masyarakat Kampung Hulu Chuchoh dalam menghadapi arus pembangunan perdana seiring dengan era globalisasi masa kini. Selain membuka peluang masyarakat kampung menikmati kehidupan yang sejahtera dan selesa, kampung ini juga diharap dapat menjadi contoh dan rujukan bukan sahaja kepada agensi kerajaan malah kampung-kampung lain, orang perseorangan serta pihak swasta.


Maklumat Umum / Asas

Nama Kampung : Kampung Hulu Chuchoh
Alamat : 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor


Bilangan Penduduk

Lelaki : 813 orang
Perempuan : 833 orang
Jumlah : 1646 orang


Pecahan Penduduk Mengikut Kaum & Bangsa

KaumLelakiPerempuan
Melayu813 orang833 orang
CinaTiadaTiada
IndiaTiadaTiada
Orang AsliTiadaTiada
Lain-lainTiadaTiada

Pekerjaan Penduduk

PekerjaanBilangan LelakiBilangan Perempuan
Kakitangan Kerajaan47 orang62 orang
Swasta107 orang154 orang
Berkerja sendiriTiadaTiada
Petani / Peladang70 orang24 orang
Penternak10 orang5 orang
Peniaga80 orang45 orang
Tukang 35 orangTiada
Lain-lain78 orang56 orang
Pesara11 orang42 orang
Tidak Bekerja31 orang59 orang
Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Banghuris Homestay

Banghuris Homestay merupakan pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara yang datang ke kampung ini untuk merasai pengalaman ala kampung. Banghuris Homestay menawarkan beberapa produk pelancongan kepada pengunjung. Antaranya ialah:
• Pelancongan Budaya
• Pelancongan Agro
• Pelancongan Pelajar
• Pelancongan Eko



Banghuris homestay juga menjadi tempat pilihan penerbit filem pendek, drama, rancangan realiti dan dokumentari tempatan sebagai tempat lokasi pengambaran. Antaranya Pelamin Fantasia, Rock Sangkut dan lain-lain.



Tempat Makan Yang Menarik

Kampung Hulu Chuchoh terkenal dengan masakan jawa, barat dan tempatan. Seperti yang diketahui bahawa ramai penduduk di Hulu Chuchoh ini terlibat dengan aktiviti perniagaan. Salah satu daripadanya ialah bidang masakan.

Antara restoran dan kedai makan yang terkenal di Kampung Hulu Chuchoh ini ialah:

Nasi Ambeng Kartina
Nasi Ambeng merupakan tarikan istimewa masakan dan makanan jawa di sini. Sesiapa yang datang ke sini pasti mencari nasi ambeng untuk santapan istimewa dari Jawa ini. Gerai ini dibuka di pasar malam pada setiap hari Sabtu. Memang dinantikan oleh peminat nasi ambeng untuk merasai juadah ini.

Kedai Makan Wak Ali
Merupakan kedai makan yang paling lama bertapak di Kampung Hulu Chuchoh ini sejak tahun 90an. Kedai makan ini menyediakan juadah makan dari sarapan pagi hingga ke lewat petang. Antara juadah yang disediakan pada waktu pagi ialah roti canai, nasi lemak dan lontong yang merupakan antara tarikan pelanggan ke kedai makan ini. Tengahari pula Kedai Makan Wak Ali menyediakan masakan tengahari tempatan dan jawa. Antara tarikan makanan tengahari di sini adalah rojak mee dan mee bandung Muar.

Eryanti Western

Eryanti Western dibuka dari jam 5.00 petang hingga 12.00 malam menawarkan makanan ala Barat, restoran ini terletak di tepi Jalan Besar di sebelah kedai masakan ala Thai ‘Adam D’Bonggol’. Apa yang menariknya, Eryanti Western menawarkan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan yang berdekatan. Maklumat berkenaan makanan istimewa pada hari tersebut boleh diperolehi oleh pelanggan melalui facebook beliau dan pesanan melalui aplikasi Whatapps.


Kedai Makan Nilam Sari

Menyediakan makanan tempatan, masakan jawa dan makanan panas. Menu yang menarik yang menjadi tarikan pelanggan ke kedai ini adalah Nasi Goreng Udang Menari, Nasi Goreng Udang Petai Menari dan pisang goreng cheese.

Kedai makan ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan berdekatan. Pesanan makanan boleh dibuat melalui facebook atau aplikasi ‘Whatapps’.

Homestay

Sektor pelancongan INAP DESA – HOMESTAY

Program homestay adalah antara projek terpenting Kampung Hulu Chuchoh. Kini homestay merupakan sumber pendapatan ketiga terbesar penduduk kampung selepas sektor pertanian dan perusahaan. Cetusan idea mewujudkan industri ini bertitik tolak dari faktor modal yang minima, mudah dikendalikan dan pulangan yang lumayan kepada penduduk kampung.

Dengan perkembangan yang positif ini, bermakna peluang untuk menceburkan diri dalam industri homestay dapat diperluaskan disamping meningkatkan ekonomi penduduk kampung dan mencetuskan kesan-kesan gandaan kepada sektor yang berkaitan. Projek yang dikenali sebagai “BANGHURIS HOMESTAY” ini telah menjadikan Kampung Hulu Chuchoh semakin popular dan dikenali diperingkat antarabangsa.

Melalui program ini, para pelancong dalam dan luar negara akan tinggal bersama-sama keluarga angkat dan melakukan aktiviti-aktiviti harian yang dijalankan bersama keluarga angkat. Walaupun jangkamasa tinggal bersama agak singkat, namun program ini dapat memberi satu pengalaman baru dimana pelancong akan didedahkan dengan cara hidup dan budaya masyarakat tempatan Kampung Hulu Chuchoh.

Diantara aktivti yang menarik program homestay ini ialah:
• Demonstrasi menoreh getah
• Demonstrasi menurunkan buah kelapa sawit
• Melawat kilang kerepek dan sejuk beku dan bengkel kraftangan
• Aktiviti memancing di kolam ikan
• Melihat sendiri pokok kopi dan proses penghasilan serbuk kopi secara tradisional
• Aktiviti permainan tradisional melayu dan aktiviti-aktiviti lain

Keunikan program ini selain menambah pendapatan penduduk, ianya dapat memelihara budaya tradisional masyarakat desa. Sambutan mengikut adat resam melayu, tarian dan nyanyian tradisional merupakan aset penting bagi program ini. Secara tidak langsung segala aktiviti yang dijalankan di dalam program ini dapat mengeratkan ikatan dan kerjasama penduduk kampung serta dapat memberikan contoh yang baik kepada masyarakat luar bandar yang lain.

Kemudahan Awam
Dewan Orang Ramai Kg Hulu Chuchoh
Pusat Aktiviti Homestay Banghuris
Klinik Desa Kg Hulu Chuchoh
Masjid Annur Kg Hulu Chuchoh
Perpustakaan Desa Kg Hulu Chuchoh
Pendidikan
Kafa Integrasi Ehsanuddin
Kem PLKN Princess Haliza
Kisah Kejayaan
Nama : Aznor Basir
Alamat : Kg Hulu Chuchoh
No. Telefon : 0193770270
Tahun menjadi Ahli PEDi : 23/7/2017
Facebook : https://.facebook.com/LuwweS.scarf/

Latar Belakang :
Perniagaan ini bermula kerana minat berniaga yang mendalam selain galakan ahli keluarga untuk menceburi bidang ini. Permulaan perniagaan ini, tudung dijual dikalangan rakan-rakan selain dibantu oleh ahli keluarga yang lain untuk mempromosikan produk berkenaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-20 helai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Hulu Chuchoh, beliau kini telah memiliki facebook pagedan instagram sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.




Nama : Siti Maisarah
Alamat : Kg Hulu Chuchoh
No. Telefon : 0192990372
Tahun menjadi Ahli PEDi : 18/11/2015

Latar Belakang :
Perniagaan ini bermula kerana minat berniaga yang mendalam selain galakan ahli keluarga untuk menceburi bidang ini. Permulaan perniagaan ini, pizza frozen dijual kepada rakan sekerja dan komuniti tempatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-20 keping.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Hulu Chuchoh, beliau kini telah memiliki email dan facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Keusahawanan
Sam J Frozen Food

Profie :
• Puan Hjh Samsiah Bt Juraimi memulakan perniagaan sejuk beku bermula pada tahun 2004 dengan bermodalkan RM 500.00 dan 3 orang pekerja sambilan.
• Mula mendapat bantuan dari pihak KEMAS untuk mengembangkan perniagaannya pada tahun 2006.
• Kini mempunyai pasaran yang meliputi Lembah Kelang dan jumlah pekerja seramai 10 orang.
• Beliau mampu mampu meraih pendapatan bersih sehingga mencecah RM 20,000.00 sebulan.
• Beliau juga mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian, Persatuan Peladang Kawasan (PPK) dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU).
• Pernah meraih Anugerah Peladang Jaya Wanita Negeri Selangor 2010 dan 2014.
• Kini beliau menjadi tenaga pengajar kepada peserta kursus anjuran jabatan berkaitan bagi melahirkan usahawan baharu.

Produk :
Makanan Sejuk Beku
Menawarkan pelbagai jenis makanan sejuk beku
tradisional yang sangat bermutu dan halal.
Antara kuih yang dihasilkan :-
1. Karipap: Kentang, Ayam, Daging, Sardin
2. Pau: Kacang, Kelapa, Kaya
3. Roti canai
4. Roti boom
5. Samosa
6. Cucur badak
7. Sardin roll
8. Donut
9. Pulut panggang

Facebook : https://www.facebook.com/SAMJ-Frozen-Food

Gambar :

Sektor Pertanian

Secara umumnya penduduk Kampung Hulu Chuchoh terlibat dalam sektor pertanian komersial seperti kelapa sawit, getah dan tanaman kopi. Mereka juga terlibat dalam aktiviti tanaman kontan seperti tanaman ubi kayu, keledek dan juga pisang bagi membekalkan bahan mentah kepada perusahaan makanan ringan yang terdapat di kampong ini. Bagi menambah hasil pendapatan, ramai juga di kalangan penduduk kampung yang menanam buah-buahan di sekitar rumah seperti manggis, rambutan, durian, mempelam dan lain-lain lagi. Ada juga di kalangan suri rumah tangga yang menanam beberapa jenis sayur-sayuran di sekeliling rumah mereka. Ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan harian tetapi juga boleh dijadikan tanaman hiasan.

Memandangkan tanah gambut sangat sesuai untuk pertanian, maka sebilangan besar penduduk kampung ini memilih sektor pertanian sebagai kegiatan ekonomi mereka.

Antara tanaman yang ada di sini:

• Tanaman Komuniti : Kelapa Sawit
• Tanaman Bersepadu
• Tanaman Kontan
• Tanaman Herba


Sektor Penternakan

Projek penternakan yang mengamalkan sistem ternakan moden, bersih dan bersistematik dapat membantu penternak menghasilkan pasaran yang lebih baik. Antara projek penternakan yang diusahakan oleh penduduk kampung ialah ternakan lembu daging, ayam daging dan kampong. Manakala ternakan ikan hamper tiada di kampong ini memandangkan keadaan tanah dan air yang kurang sesuai untuk aktiviti ternakan air. Aktiviti ternakan terutamanya di darat bukan sahaja menambahkan hasil pendapatan tetapi juga sesetengah indvidu mengusahakannya secara komersial bagi menambah hasil pendapatan penduduk.


Sektor perindustrian IKS

Perindustrian membuat kerepek – perindustrian membuat kerepek semakin mendapat tempat di hati penduduk kampong. Perusahaan kerepek secara kecilaan di dapur rumah telah berkembang kepada perusahaan besar-besaran secara pengilangan. Perkembangan positif ini secara tidak langsung turut membuka banyak peluang pekerjaan disamping meningkatkan pendapatan petani dengan cara membeli produk agrotek daripada petani tempatan. Proses pengilangan kerepek ubi, pisang keledek dan sebagainya ini melalui proses pembuatan yang bersih, berteknologi dan bersistematik, menarik minat pembeli tempatan dan luar untuk membeli produk tersebut dalam kuantiti sedikit mahupun secara borong untuk dipasarkan di seluruh Negara


Kraftangan

Bidang kraftangan ada juga dijalankan di kampung ini. Ia telah mula dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mendapat sambutan dari masyarakat tempatan. Antara produk-produk yang dihasilkan seperti pelbagai bentuk lukisan, ukiran tempurung, bunga kering dan hasil ciptaan karang laut. Kraftangan ini telah mendapat tempahan serta pengiktirafan daripada Kraftangan Negara. Perusahaan ini walaupun baru tetapi dapat dibanggakan kerana ianaya satu bentuk perusahaan yang mengembangkan daya kreativiti dan kemahiran seseorang.