BANGHURIS SIHAT ANJURAN KOSPEN DAN PI1M KG HULU CHUCHOH

Setiap Hari Jumaat di bulan Mac 2016

Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Jumaat jam 8 malam hingga 9.30 malam, bertempat di Dewan Tertutup Pusat Aktiviti Banghuris Homestay pada bulan Mac ini.

Aktiviti ini lebih tertumpu kepada senaman aerobik dan zumba yang diketuai oleh Puan Zurina Binti Ahmad Tohid

Seramai 16 – 20 orang peserta yang terdiri daripada kalangan wanita telah menyertai program ini. Program bertujuan menyemai gaya hidup sihat dikalangan wanita yang berhasrat mencergaskan tubuh badan dan mengurangkan masalah obesiti..


Objektif program ini adalah:

1. Menggalakkan gaya hidup sihat.

2. Mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat [wanita]

3. Memperkenalkan PI1M dengan lebih dekat kepada masyarakat


Pihak PI1M berharap program ini dapat mencapai matlamatnya memastikan masyarakat prihatin terhadap tahap kesihatan mereka sekaligus memastikan hari mereka terisi dengan perkara bermanfaat seperti ini. Kami juga berharap para peserta akan lebih mengenali dan memahami peranan PI1M dikalangan masyarakat “PI1M bukan hanya untuk kanak-kanak” tetapi untuk mereka juga.



kembali ke halaman utama