BENGKEL KURSUS ASAS ICT (MEDIA SOSIAL)

Aktiviti terkini | 04 & 05 November 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Hulu Chuchuh

Tujuan :
• Memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai agama, AJK Masjid/Surau, Imam/Bilal, Guru Agama, Guru Takmir dan Guru KAFA ilmu berkaitan asas ICT (Media sosial) seperti emel,Youtube,Blog,Facebook dan lain-lain
• Memperkukuhkan lagi pemahaman mereka dalam bidang ICT dalam menyebarkan ilmu Islam melalui teknologi terkini
• Latihan ini mempraktiskan penggunaan telefon pintar sebagai salah satu medium penyebaran ilmu islam
• Menambah baik kualiti bahan-bahan elektronik yang berkaitan ilmu agama

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
Kursus ini sangat bermanfaat kepada petugas-petugas yang berkaitan terutama kepada Jawatankuasa Masjid sebagai peserta kami. Mereka sangat mengalu-alukan program sebegini. Di samping memberi pendedahan, program ini juga membantu masyarakat untuk menerima maklumat dengan lebih baik. Selain itu, pertambahan nilai-nilai murni dan perkara yang baik dalam dimanfaatkan dan disebar luaskan dalam media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :