BENGKEL DIGI ACADEMY: DIGITAL LITERACY PROGRAMME
Aktiviti terkini | Ogos - November 2018Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Hulu Chuchoh
'Digi Academy: Digital Literacy Programme’ merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.
Di bawah kerjasama ini, Arus Academy akan menyediakan program latihan pengekodan, modul serta tenaga pengajar untuk melatih pengurus/penolong pengurus daripada pusat-pusat internet terpilih supaya dapat mengelolakan program tersebut sendiri di komuniti masing-masing. Latihan–latihan dalam bentuk workshop akan dianjurkan sepanjang jangkamasa program ini di samping pemberian sokongan ‘online’ kepada pengurus/penolong pengurus atau pelajar yang memerlukan bantuan tambahan kepada modul-modul pembelajaran yang disampaikan. Digi sebagai penganjur utama program ini akan menyediakan kemudahan latihan dari segi ruang dan fasiliti-fasiliti yang diperlukan di pusat-pusat internet terpilih tersebut.
Di antara objektif program ini adalah seperti berikut:
a. Memperkenalkan dan memberi pengetahuan bidang pengekodan dan robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak/kurang berpeluang tetapi mempunyai minat.
b. Memperkukuhkan kemahiran berfikir pelajar dengan menggalakkan mereka untuk berfikir secara logik dan sistematik dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.
c. Meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.
d. Menaik taraf pusat internet dan melatih pengurus/penolong pengurus dengan kemahiran-kemahiran digital baru yang boleh membantu dalam pembinaan kerjaya masa hadapan
Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih seperti berikut :