PROGRAM ADVOKASI (OVERSHARING) DI SMK DATO SHARUDDIN

Aktiviti terkini | 19 Mac 2019

Tempat Aktiviti:
SMK Dato Sharuddin

Tujuan :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru
• Mewujudkan rasa tangungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tenteng kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamt untuk pengguna melayari internet

Ringkasan Aktiviti :
Pelajar terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Pusat Internet memberi taklimat berkenaan kdb kepada pelajar tingkatan 1,dan 4 . Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyedarkan peserta betapa bahayanya apabila kita terlebih kongsi perkara-perkara peribadi di media sosial.

Pelajar melihat sebuah video Klik Dengan Bijak mengenai Oversharing supaya mereka dapat membayangkan apa terjadi sekiranya mereka sendiri melakukan hal tersebut. Selepas menonton, pelajar diberi taklimat berkenaan apa yang harus di kongsi dan apa yang tidak patut dikongsi. Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab bersama peserta bagi menguji kefahaman mereka mengenai taklimat yang diberi dan agar mereka boleh berkongsi maklumat yang dipelajari bersama kenalan mereka seperti ibu bapa dan rakan-rakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :