HARI BERSUKAN AL-JAWARIS BERSAMA PENDUDUK BANGHURIS

Aktiviti terkini |15 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Teratak Ulu Teris,Kampung Ulu Teris

Ringkasan Aktiviti :
• Dalam usaha untuk meningkatkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk Kampung Banghuris (gabungan nama tiga kampung) dalam menggalakkan gaya hidup sihat,Pasti Al Jawaris bersama imam dan qariah masjid ulu teris) telah menganjurkan 'Sukaneka Perpaduan Bersama Penduduk Kampung Banghuris.
• Sukaneka berkenaan dibukakan kepada penduduk Kampung dan ahli-ahli keluarga yang ada talian kekeluargaan.
• Acara dibuat dalam hanya separuh hari dan diadakan di kawasan tanah lapang di teratak Ulu Teris, bermula dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang.
• Sukan ini turut dihadiri iman ulu teris dan Pengurus pedi kg hulu chuchoh.pengurus pedi kg hulu chuchoh telah diberikan tugasan sebagai juri acara sukaneka.

Tujuan :
• Antara tujuan Program ini adalah untuk mencapai matlamat yang berikut:
• bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama penduduk di kampung berkenaan di samping sebagai penghibur kepada semua golongan yang tinggal di kampung Banghuris.
• Tambahnya lagi, aktiviti seumpama ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat sama ada kanak-kanak, golongan muda ataupun orang lama.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 7.30 pagi:Pendaftaran
• 8.15 pagi:Perbarisan dan Doa
• 8.30 pagi: Perasmian
• 8.40 pagi: acara kanak-kanak dari tadika pasti 4 hingga 6 tahun
• 10.00 pagi : Acara remaja
• 11.00 pagi:Cabutan bertuah
• 12.00 tgh : Acara wanita dewasa ,lelaki dewasa
• 12.20 tgh :Acara pasangan
• 12.30 ptg: Cabutan bertuah dan hadiah
• 12.50 ptg: Acara Bergambar dan bersurai.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Merapatkan ukhwah penduduk kampung banghuris
• Menggalakkan gaya hidup sihat
• Memupuk semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab yang seharusnya diterapkan dalam amalan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :