Majlis Penyediaan dan Pengagihan Juadah Bubur Lambuk dengan Kerjasama Jawatankuasa Masjid Annur, Belia 4B dan PI1M Kg Hulu Chuchoh

Ahad | 26 Jun 2016

Sempena meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini, PI1M bersama Jawatankuasa Masjid Annur dan Belia 4B telah bersepakat mengadakan gotong royong menyediakan bubur dan dan mengagihkannya kepada penduduk setempat.

Aktiviti ini telah menarik 40 orang penduduk setempat bergotong-royong menyediakan bahan-bahan bubur lambuk.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat, menitik beratkan keprihatinan PI1M untuk terlibat dalam aktiviti kampung serta memberi maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan di PI1M


Selain itu, kupon-kupon pengambilan telah diedar sehari sebelum penyediaan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar untuk memudahkan pengurusan pengagihan bubur.



Gotong-royong menyediakan bahan membuat bubur lambuk


Mengacau bubur lambuk

Pihak PI1M berharap program ini dapat mencapai matlamatnya membantu PI1M mendekatkan PI1M dengan masyarakat sekaligus menyebarkan maklumat mengenai internet dan aktiviti-aktiviti PI1M kepada mereka.



kembali ke halaman utama