BENGKEL MENCIPTA VIDEO

Sabtu | 21 Mei 2016

Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan tenaga pengajar ialah pelajar-pelajar daripada ASWARA.

Aktiviti ini telah dihadiri lebih 45 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah, penduduk kampung, pelajar pengajian tinggi dan ahli-ahli daripada PI1M yang terdekat.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penceritaan, teknik pengambaran,dan teknik suntingan yang sesuai bagi menghasilkan video yang baik dengan bantuan tenaga pengajar.


Selain itu, pertandingan mini juga telah diadakan dikalangan para peserta semasa bengkel ini berlangsung dan pihak penganjur telah menyediakan hadiah berbentuk wang tunai kepada 5 pemenang video terbaik.


Bergambar bersama penganjur, tenaga pengajar dan peserta


Para peserta memberikan perhatian tehadap penerangan yang disampaikan


Salah seorang tenaga pengajar daripada ASWARA sedang memberikan tutorial berkenaan suntingan video


Bergambar bersama sekretariat MCMC, ASWARA, kakitangan CCMSB, pengurus dan penolong pengurus PI1M


Pemenang Pertandingan Mini Video


Pihak PI1M berharap program ini dapat mencapai matlamatnya untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam penciptaan video selain menambah ilmu pengetahuan berkenaan video.



kembali ke halaman utama