Bengkel Mengisi Data “Komuniti Sihat Perkasa Negara” (KOSPEN) melalui laman sesawang MOVeS oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dan Klinik Kesihatan Sungai Pelek

Februari 2016

Komuniti Sihat Negara Perkasa (KOSPEN) telah dijalankan di kawasan-kawasan terpilih dan data kesihatan penduduk-penduduk kawasan terpilih tersebut telah direkodkan secara manual (borang) oleh GSiM.

Pelaksanaan KOSPEN ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.

Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil sukarelawan kawasan terpilih menyertai KOSPEN telah menyertai bengkel ini.

Wakil-wakil terlibat dengan KOSPEN adalah daripada:

-Kg Hulu Chuchoh

-Kg Bukit Bangkong

-Kg Ulu Teris

-Taman Murni , Sepang

-Taman Ambar, Dengkil

-Bagan Lalang

Data-data yang diperolehi dan direkodkan secara manual akan dikumpulkan dalam sistem dan dianalisis oleh pakar-pakar perubatan.

Oleh itu, laman sesawang MOVeS telah diwujudkan untuk membantu mengumpulkan data tersebut untuk rujukan dan kaji selidik pakar-pakar di bidang kesihatan.

Pihak PI1M Kg Hulu Chuchoh dengan sukarelanya menawarkan tempat latihan dan perkhidmatan pengenalan asas komputer kepada wakil-wakil sukarelawan tersebut.



kembali ke halaman utama