Hari Terbuka (Open Day) PI1M Hulu Chuchoh

Sabtu | 23 Julai 2016

Digi dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Hulu Chuchoh telah mengadakan Hari Terbuka kepada penduduk setempat. Aktiviti ini telah menarik lebih 200 orang penduduk setempat untuk hadir di PI1M disamping menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sama ada indoor mahupun outdoor yang telah disediakan oleh pihak PI1M.

Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan dan mendekatkan PI1M kepada penduduk setempat, mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat, memberi peluang kepada komuniti amnya dan kepada warga Kg Hulu Chuchoh khususnya mengenai internet dan memberi maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan di PI1M.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan…





1) Pertandingan Mewarna Online telah disertai oleh 20 orang pelajar daripada Tadika Kemas berhampiran


2) Pertandingan Jigsaw Puzzle telah disertai oleh 20 orang pelajar sekolah rendah

3) Pertandingan Ragam Raya yang telah disertai oleh 15 orang pelajar Tadika Kemas

4) Demo pemakaian sampin dan tanjak

5) Pertandingan isi air dalam botol


6) Pertandingan ‘Speed Typing’ telah disertai oleh 20 orang pelajar sekolah menengah


7) Cybersafe Talk - Klik Dengan Bijak


8) Pertandingan Mengukur Kelapa


9) Sekitar Open Day PI1M Hulu Chuchoh





Pihak PI1M berharap program ini dapat mencapai matlamatnya membantu PI1M mendekatkan PI1M dengan masyarakat sekaligus menyebarkan maklumat mengenai internet dan aktiviti-aktiviti PI1M kepada mereka.



Kembali Ke Halaman Utama