Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Tabika Kemas Banghuris & Orang Asli Bangkong

Rabu | 31 Ogos 2016

Aktiviti ini telah menarik lebih 150 orang pelajar tabika, ibubapa dan guru-guru menyertai acara yang disediakan.

Sambutan Hari Kemerdekaan ini diadakan bertujuan memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat, menanamkan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak, menanamkan semangat cintakan Negara di kalangan kanak-kanak dan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan.

Pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti menarik indoor dan outdoor untuk disertai oleh pelajar dan ibubapa antaranya ialah pertandingan pakaian beragam dan pertandingan mewarna untuk disertai oleh ibubapa dan pelajar tabika.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan…


1) Pelajar Tabika berkumpul untuk perbarisan kemerdekaan


2) Antara peserta pakaian beragam


3) Pertandingan mewarna yang disertai oleh pelajar dan ibubapa

4) Salah seorang ibu kepada pelajar tabika yang telah menyertai dan memenangi acara yang telah dijalankan

Akhirnya, Sambutan Hari Kemerdekaan PI1M diharap dapat menyemarakkan semangat patriotik cintakan negara. Di samping, mengeratkan hubungan kakitangan dan juga penduduk setempat di Kampung Hulu Chuchoh. Selain itu, dapat mempromosikan PI1M kepada seluruh penduduk kampong.



Kembali Ke Halaman Utama