Aktiviti Memanah Anjuran Perpustakaan Desa Kg. Hulu Chuchoh Dengan Kerjasama PI1M Kg. Hulu Chuchoh

Sabtu | 24 September 2016

Aktiviti ini telah menarik lebih 20 orang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Aktiviti memanah ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat, menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat, mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat, menanam semangat cintakan sukan memanah dan menyampaikan secara langsung atau tidak langsung taklimat ringkas mengenai KDB.

Pihak penganjur menyediakan hadiah untuk pemanah yang beraksi cemerlang di dalam aktivti ini.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan…

1) Taklimat ringkas penggunaan alatan memanah dan cara memanah




2) Pendaftaran peserta




3) Aktiviti memanah




4) Peserta-peserta yang terlibat dengan aktiviti memanah dan penyampaian hadiah



Aktiviti memanah ini diharap dapat menyemarakkan semangat kesukanan dalam acara memanah. Di samping, mengekalkan warisan tradisi memanah ini. Ia juga diharap dapat mengeratkan hubungan kakitangan dan juga penduduk setempat di Kampung Hulu Chuchoh. Selain itu, dapat mempromosikan PI1M kepada seluruh penduduk kampung.



Kembali Ke Halaman Utama