FESTIVAL NASI AMBENG

Aktiviti terkini | 15 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Hulu Chuchoh

Sempena sambutan Festival Nasi Ambeng di Kampung Hulu Chuchoh anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Selangor, PI1M Kg Hulu Chuchoh telah mengambil inisiatif untuk membuka booth pameran dan aktiviti kepada pengunjung festival tersebut. Aktiviti ini telah menarik lebih 50 orang yang terdiri daripada warga emas, belia dan kanak yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan di booth kami.

Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung berkenaan kepentingan mengamalkan sikap BIJAK ketika melayari alam cyber. Mendekatkan PI1M dengan masyarakat melalui aktiviti seperti ini disamping memberi panduan dan ilmu yang bermanfaat kepada pengunjung. Ianya sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat.

Diharap aktiviti ini dapat memberikan mesej yang berfaedah kepada pengunjung festival, mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat luar di Kampung Hulu Chuchoh. Di samping, melaksanakan tanggungjawab sosial PI1M kepada masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :