BENGKEL PENAMPILAN DIRI OLEH CIK LIYANA DARI MARY KAY DENGAN KERJASAMA PI1M HULU CHUCHOH

Aktiviti terkini | 05 & 19 Februari 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Hulu Chuchoh

Aktiviti ini telah menarik lebih 15 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli dan pengunjung PI1M. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini merupakan serampang 2 mata bagi PI1M selain menggalakkan aktiviti sosial ia juga bertujuan memberi motivasi dan keyakinan diri kepada peserta untuk memperbaiki penampilan diri. Dengan ini diharap aktiviti ini dapat menggalakkan pengunjung di PI1M dapat melakukan aktiviti bentuk berfaedah dilakukan di dalam PI1M, sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat. Acara bermula pada jam 2.30 petang, dimana peserta dikehendaki menulis butiran diri untuk mengenali jenis kulit dan kesesuaian warna.Aktiviti ini diharap dapat mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat luar yang mengadakan aktiviti di Kampung Hulu CHuchoh. Di samping, melaksanakan tanggungjawab sosial PI1M kepada masyarakat setempat.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :