PERTANDINGAN DAM HAJI OLEH PI1M HULU CHUCHOH

Khamis | 26 Januari 2017

Aktiviti ini telah menarik lebih 20 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli dan pengunjung PI1M. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat disamping memperkenalkan PI1M dengan lebih dekat kepada masyarakat. Dengan ini pengunjung di PI1M dapat melakukan aktiviti berfaedah dilakukan di dalam PI1M, sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat.

Acara bermula pada jam 2.30 petang, pertandingan diadili oleh pengurus PI1M secara kalah mati. Pertandingan akhir yang sangat sengit. Peserta masing-masing diberi sokongan hangat oleh rakan-rakan mereka.

Aktiviti ini diharap dapat mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat luar yang mengadakan aktiviti di Kampung Hulu CHuchoh. Di samping, melaksanakan tanggungjawab sosial PI1M kepada masyarakat setempat.



Kembali Ke Halaman Utama