TAYANGAN VIDEO

Aktiviti terkini | 25 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Hulu Chuchoh.

Sempena musim cuti sekolah, PI1M Kg Hulu Chuchoh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tayangan video kepada pengunjung tetap PI1M. Aktiviti ini telah menarik lebih 15 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli dan pengunjung PI1M.

Aktiviti ini bertujuan mengisi masa lapang pengunjung PI1M dengan acara selain daripada melayari alam cyber. Menggalakkan aktiviti sosial yang bertujuan memberi motivasi kepada peserta. Diharap aktiviti ini dapat menggalakkan pengunjung di PI1M dapat melakukan aktiviti bentuk berfaedah dilakukan di dalam PI1M, sekaligus ini dapat mempelbagaikan fungsi PI1M supaya mudah didekati oleh masyarakat.

Tayangan video bermula pada jam 11.00 pagi, dimana peserta berkumpul didalam bilik latihan.

Diharap aktiviti ini dapat memberikan mesej yang berfaedah kepada pengunjung PI1M, mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat luar di Kampung Hulu Chuchoh. Di samping, melaksanakan tanggungjawab sosial PI1M kepada masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :