PERASMIAN ONE STOP CENTER (PRODUK SUGIH) PRODUK BANGHURIS

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Aktiviti Banghuris Homestay, Kg Hulu Chuchoh

Tujuan :
• Menghimpunkan produk dalam perkampungan Banghuris (Hulu Chuchoh, Hulu Teris & Bukit Bangkong) dalam satu tempat di bawah satu jenama iaitu Sugih.
• Membantu dalam menyumbang kepada mempromosikan jenama produk tempatan.
• Memberi peluang kepada komuniti Banghuris menambah pendapatan.

Kelebihan & Kebaikan Aktiviti :
• Aktiviti ini telah disertai oleh Pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Sirim.
• Mengumpulkan produk Banghuris di dalam satu bumbung dan di bawah satu jenama.
• Dengan bantuan daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa produk-produk ini mungkin dapat dibawa ke peringkat antarabangsa.
Nama VIP :
YBhg.Datin Zakiah Syerina
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :