PROGRAM ‘KOREA ICT VOLUNTEER’

Aktiviti terkini | 25 Julai - 20 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Hulu Chuchoh, SK Taman Pantai Sepang Putra dan SMK Sungai Rawang

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan medium internet sebagai salah satu medium untuk belajar secara lebih interaktif.
• Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat dan memberi peluang sukarelawan Korea untuk menyampaikan ilmu pembangunan ICT bersama komuniti.
• Menggalakkan pertukaran kebudayaan antara Korea dan Malaysia.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk minat budaya ICT dan TVET kepada para pelajar selaras dengan hasrat Kerajaan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
• Memberi peluang sukarelawan Korea untuk menyampaikan ilmu pembangunan ICT bersama komuniti setempat terutama kepada pelajar di samping menggalakkan pertukaran kebudayaan antara Korea dan Malaysia.

Ringkasan Aktiviti :
Sepanjang program ini berjalan hingga selesai Pusat Internet mendapat tindak balas yang sangat positif daripada Guru Besar, pelajar dan penduduk kampung. Mereka sangat teruja semasa program dijalankan, mereka juga ingin berterima kasih di atas program yang dijalankan kerana telah memberi pendedahan ilmu ICT di luar Bandar. Mereka sangat berharap program ini akan dijalan setiap tahun di Pusat Internet demi selaraskan pendedahan ict diluar Bandar setaraf di Bandar dan Negara- Negara yang membangun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :