BENGKEL MYCYBERGENIUS TRAINING OF TRAINERS

Aktiviti terkini |27 - 30 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Swiss Garden Hotel Melaka

Ringkasan Aktiviti :
• Pihak Jabatan Program Komuniti (COMPD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah mengadakan siri Program Latihan Kejurulatihan (Training of Trainers- ToT) untuk semua ketua kluster PEDi.
• Program MyCyberGenius ini diadakan adalah untuk melatih Ketua Kluster bagi setiap daerah dan negeri yang terlibat mengenai peranan penting pedi dalam memberi kesedaran dan ilmu yang bermanfaat kepada komuniti setempat mengenai buli cyber, Sexting , penggunaan internet bermasalah, pengantunan dalam talian “cyber Grooming “, pengawasaan kanak-kanak dalam talian dan peranan ibu bapa .
• Selain itu juga semasa aktiviti dilakukan semua ketua kluster pedi diberikan kelonggaran untuk memberi pendapat dan berkongsi pengalaman cara menjalankan program klik dengan bijak di kawasan masing-masing.

Tujuan :
• Meningkatkan kecekapan proses pengumpulan data dan pemantauan
• Mengukur impak pelaksanaan program KDB di lapangan dan menilai keberkesanannya melalui kuiz
• Menambah baik pemantauan pelaksanaan program di pejabat negeri MCMC dan PEDi
• Mendapatkan maklumat mengenai tahap kefahaman para peserta ceramah KDB terhadap mesej advokasi
• Membina pangkalan data advokasi berpusat

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Hari pertama ketibaan para peserta. Bengkel bermula pada hari kedua, Bengkel Siri Latihan Kejurulatihan Sistem MyCyberGenius, dikendalikan oleh Puan Saidatul Ashikin Abu Hassan dari Community Programme Department, MCMC .
• Sepanjang aktiviti dan sesi latihan ini dijalankan semua peserta diberikan pendedahan mengenai goole hamboard, mengenai klik dengan bijak dan memberi ilmu cara melindungi anak di internet mengikut buku panduan yang telah diberikan.
• Pada sesi malam puan Saidatul memberi kuiz klik dengan bijak menggunakan Apps Jamboard Google pada telefon semua peserta.
• Pada hari kedua, Benkel ini dijalankan oleh Encik Mohd Zakri Raihan atau dikenali sebagai Coach Zack FM .
• Untuk hari kedua focus kepada bengkel public speaking diberi pendedahan bagaimana cara yang betul untuk komunikasi ketika memberi ceramah, dan cara membina Keyakinan Diri Dalam Khayalak Ramai.
• Hari keempat adalah hari kepulangan semua ketua cluster.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Dapat Mengukur impak pelaksanaan program KDB.
• Dapat memberikan maklumat mengenai tahap kefahaman para peserta ceramah KDB terhadap mesej advokasi.
• Dapat memberikan peserta ilmu baru cara memberi talk semasa menjalankan (KDB) .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :