PROGRAM DEMO MASAKAN BERSAMA PENDUDUK BANGHURIS ANJURAN PUSAT WANITA BERDAYA

Aktiviti terkini |18 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Kg Hulu Chuchoh

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Sungai pelek sekarang ini sedang bergerak aktif memberdayakan wanita melalui pelbagai program seperti bengkel memasak, menjahit, kursus-kursus kepimpinan, keusahawanan, pengurusan kewangan, pemantapan ekonomi, kesedaran kesihatan dan pelbagi lagi.
• Pada kali ini penduduk kg hulu chuchoh telah terpilih untuk turut serta bengkel demo masakan yang dijalankan untuk di jadikan sebagai frozen ,kelas ini memberi keutamaan kepada para peniaga dan suri rumah tanggal, selain itu kelas ini bimbing oleh chef dan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang membuat frozen.

Tujuan :
• Antara tujuan utama penubuhan PWB adalah untuk menyantuni masyarakat khasnya wanita dan juga gadis-gadis/remaja perempuan dengan pendekatan pelbagai termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana serta memberi kesedaran melalui kursus-kursus yang dijalankan dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat .
• Dengan adanya kursus basic ini para wanita dapat mulakan perniaga secara kecil –kecilan .
• Bagaimanapun kerjasama erat dan sokongan penuh dari YB Adun kg hulu chuchoh adalah faktor utama kejayaan Program ini .

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program diadakan di Dewan Kg Hulu Chuchoh
• 9:00 pagi: Sesi pendaftaran dan sarapan
• 9:30 pagi: sesi demo masakan
• 10.30 pagi: sesi membuat roti prata oleh pelajar
• 12.30: penagihan roti yang telah siap packing
• 1.00 petang: sesi bergambar dan tamat


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Dapat mengisi masa lapang para kaum wanita dengan aktiviti yang bermanfaat.
• Membantu wanita disekitar banghuris memulakan perniagaan.
• Memberi pendekatan pelbagai program termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :