PROGRAM (PEDAS) KELAS INSTAGRAM BUSINESS DAN APPS CANVA BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti terkini |12 & 13 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pedi Taman Tenteram Sungai Pelek

Ringkasan Aktiviti :
• Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), melancarkan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) di seluruh negara melalui 10 Pusat Internet Desa (PID) untuk menggalakkan transformasi digital di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar, sejajar dengan perkembangan e-dagang yang pesat.

Tujuan :
• Antara tujuan Program berfungsi sebagai pusat sehenti atau ‘one-stop centre’ untuk memberi peluang dan ruang kepada pengusaha IKS mikro untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan edagang.
• Ini merupakan langkah pertama bagi IKS mikro untuk memasarkan produk mereka ke platform yang lebih luas seperti Digital Free Trade Zone (DFTZ) serta membolehkan mereka menggunakan pelbagai aplikasi dan peralatan digital untuk memperkembangkan dan membaiki kecekapan perniagaan mereka.
• Perkhidmatan yang ditawarkan di pusat-pusat PeDAS(Penyelia pedi) adalah termasuk memprofil perniagaan untuk membantu pengusaha IKS mikro memahami kebolehpasaran mereka, memberi latihan dan bimbingan pemasaran e-dagang kepada mereka, serta khidmat nasihat lain yang berkaitan seperti rancangan perniagaan, pendaftaran perniagaan, pensijilan dan penjenamaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program diadakan di Pedi Taman Tenteram
• Hari Pertama
• 2.30 ptg : Daftar dan log in e-commerce
• 3.00 ptg: penerangan mengenai Instagram business dan apps canva
• 4.00 ptg: pembelajaran cara mereka logo dan posting di Instagram business
• 5.30 ptg: Kelas tamat dan sesi bergambar
• Hari ke Dua
• 9.30 pagi : Daftar dan log in e-commerce
• 10.00 pagi: penerangan mengenai Instagram business
• 11.00 pagi: pembelajaran cara mebuat link wassap
• 12.00 tgh: pembelajaran apps canva
• ptg: Kelas tamat dan sesi bergambar


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Memberi latihan dan bimbingan pemasaran e-dagang
• Membantu wanita disekitar sepang memulakan perniagaan kecil dalam mengaplikasikan dunia digital dan online.
• Memberi pendekatan pelbagai program termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana .
• Mendapat khidmat nasihat perniagaan dari penyelia pedi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :