PROGRAM WANITA BANGKIT BERSAMA KPWKM

Aktiviti terkini |21 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Namida Garden & Events,Kota Warisan

Ringkasan Aktiviti :
• Penubuhan Program Wanita Bangkit Berniaga adalah untuk berkongsi pengalaman bagi mendorong peniaga dan usahawan wanita di luar sana bangkit berjaya .
• Di dalam program ini para wanita di sekitar sepang dapat belajar dan menyuntik semangat untuk bangkit berniaga terutama dalam mengaplikasikan dunia digital dan online.
• Diilhamkan dari semangat tinggi kewanitaan dan peranan penting mereka dalam ekonomi digital, program ini dilancarkan untuk membantu mereka mempercepat pengaktifan semula perniagaan dan membina ketahanan untuk masa depan melalui digitalisasi sepanjang mereka berniaga.

Tujuan :
• Antara tujuan Program ini juga untuk membuka lembaran baharu bagi golongan wanita agar mereka dapat menyara kehidupan.
• Ia program yang melatih wanita untuk memulakan perniagaan sehingga mampu berdikari dari segi ekonomi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program diadakan di Namida Garden & Events,Kota Warisan
• 9:00 pagi: Sesi pendaftaran dan sarapan
• 9:30 pagi: sesi menyuntik semangat untuk bangkit berniaga bersama Rosyam Nor dan dua Usahawan .
• 10.30 pagi: sesi soal jawab soalan mengenai wanita bangkit
• 11.00 pagi: kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan sesi perkongsian mengenai usahawan dan perniagaan untuk para wanita di sekitar daerah sepang.
• 12.30: makan tenggahari
• 1.00 petang: sesi bergambar dan tamat


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Dapat mengisi masa lapang para kaum wanita dengan aktiviti yang bermanfaat.
• Membantu wanita disekitar sepang memulakan perniagaan kecil dalam mengaplikasikan dunia digital dan online.
• Memberi pendekatan pelbagai program termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :