PROGRAM BENGKEL HIASAN PASU CACTUS DINDING BERSAMA PWB DUN SG PELEK

Aktiviti terkini |17 September 2022

Tempat Aktiviti:
Balai Raya Kampung Hulu Chuchoh

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Sungai pelek sekarang ini sedang bergerak aktif memberdayakan wanita melalui pelbagai program seperti bengkel memasak, menjahit, kursus-kursus kepimpinan, keusahawanan, pengurusan kewangan, pemantapan ekonomi, kesedaran kesihatan dan pelbagi lagi.
• Pada kali ini penduduk kg hulu chuchoh dan pengurus pedi kg hulu chuchoh telah terpilih untuk turut serta bengkel hiasan pasu cactus dinding yang dijalankan untuk di jadikan perhiasan rumah ,kelas ini memberi keutamaan kepada para wanita dan suri rumah tunggal, selain itu kelas ini bimbing oleh tenaga pengajar yang mahir dalam bidang pembikinan hiasan pokok cactus dinding.

Tujuan :
• Antara tujuan utama penubuhan PWB adalah untuk menyantuni masyarakat khasnya wanita dan juga gadis-gadis/remaja perempuan dengan pendekatan pelbagai termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana serta memberi kesedaran melalui kursus-kursus yang dijalankan dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat .
• Dengan adanya bengkel ini para wanita dan ibu tunggal dapat memulakan perniagaan kecil yang boleh membantu menambah hasil pendapatan.
• Bagaimanapun kerjasama erat dan sokongan penuh dari YB Adun ,jkkk dan penduduk kampung hulu chuchoh adalah faktor utama kejayaan bengkel ini .

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• 9:00 pagi: Sesi pendaftaran dan sarapan
• 9:30 pagi: sesi demo
• 10.30 pagi: sesi membuat hiasan pasu cactus dinding oleh pelajar
• 12.30: Sesi mengambil hasil kreativiti pasu hiasan dinding.
• 1.00 petang: sesi bergambar dan tamat


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Dapat mengisi masa lapang para kaum wanita dengan aktiviti yang bermanfaat.
• Membantu wanita disekitar banghuris memulakan perniagaan kecil.
• Memberi pendekatan pelbagai program termasuklah memberi latihan kemahiran berskala kecil dan sederhana .
• Dapat mengeratkan hubungan komuniti Hulu Chuchoh (banghuris).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :