Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.
Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023KELAS ONLINE BASIC SHOPEE
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2020Memberi penerangan berkaitan basic Shopee...baca selanjutnya
KELAS CARA MENUKAR LATAR BELAKANG CLASSROOM MENGUNAKAN KINE MASTER
Aktiviti Terkini | 15 November 2020Memberi penerangan berkaitan kine master...baca selanjutnya
KELAS MICROBIT DI PI KG HULU CHCUHOH
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2020Mengeratkan silaturahim dalam komuniti banghuris dan penyelia pim...baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI PUSAT INTERNET KG.HULU CHUCHOH
Aktiviti Terkini | 24 September 2020Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat....baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA SEMPENA KEMERDEKAAN YANG KE-63
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2020Mengeratkan silaturahim dalam komuniti banghuris dan penyelia pim....baca selanjutnya
PROGRAM MENDEKO CUPCAKE
Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020Mengeratkan silaturahim dalam komuniti banghuris dan penyelia pim....baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA TERIMA KASIH FRONTLINER
Aktiviti Terkini | 19 Jun 2020Mengeratkan silaturahim dalam komuniti banghuris dan penyelia pim....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
TAKLIMAT MALAYSIA TRAVEL PRIVILEGE CARD
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2020Taklimat disampaikan oleh pegawai dari Tourist Penang Centre. MCMC dengan Tourist Penang Centre telah bekerjasama memperkenalkan Travel Privilege Card (Malaysia) yang menawarkan diskaun kepada pemegang kad. Tujuan utama kad ini dibuat adalah untuk menggalakkan pelancong melawat Malaysia. Program ini akan berlangsung selama 6 bulan bermula Februari 2020 hingga Julai 2020....baca selanjutnya
PROGRAM KOSPEN ANJURAN KKM
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2020KOSPEN ialah Komuniti Sihat Pembina Negara anjuran KKM telah memulakan satu inisiatif berasaskan komuniti bagi memperkasakan kesihatan khusus bagi mencegah dan mengawal faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit yang dipanggil KOSPEN. Program promosi kesihatan di dalam komuniti ini dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan telah dilancarkan pada tahun 2013. KOSPEN telah berkembang secara berperingkat dan kini ia merupakan salah satu inisiatif utama oleh KKM bagi memerangi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang kian meningkat, misalnya kencing manis, darah tinggi, penyakit cholesterol tinggi, kesan merokok dan obesiti....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya