Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.
Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM MESRA RAKYAT
Aktiviti Terkini | 31 Disember 2018Banyak aktiviti yang telah di jalankan antaranyanya ceramah agama, pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan, pertunjukan bunga api, pemberian bantuan alat sekolah, sukaneka, pertandingan memancing dan lain-lain. Pihak komuniti mengucapkan terima kasih kepada Zakat Selangor, Ustaz Hadi dan En. Khairi dr Masjid Al Ulum yang menaja program ini. Terima kasih juga kepada JKKOA, AJK Surau Al Hidayah dan Rela yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini....baca selanjutnya
AKTIVITI PERMAINAN DAM
Aktiviti Terkini | 30 November 2018Dengan adanya aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada peserta bahawa pusat internet juga merupakan pusat pelbagai aktiviti dan membantu untuk memanfaatkan aktiviti berfaedah....baca selanjutnya
DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY
Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya
Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme
Berita Terkini | Ogos - November 2018Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.
PERASMIAN ONE STOP CENTER (PRODUK SUGIH) PRODUK BANGHURIS
Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2018Aktiviti ini telah disertai oleh Pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Sirim dengan mengumpulkan produk Banghuris di dalam satu bumbung dan di bawah satu jenama. Dengan bantuan daripada SIRIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa produk-produk ini mungkin dapat dibawa ke peringkat antarabangsa....baca selanjutnya
LAWATAN DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR KE KAMPUNG HULU CHUCHOH
Aktiviti Terkini | 15 September 2018Aktiviti ini dapat membantu komuniti tempatan mendekati pemimpin. Isu yang dibincangkan dapat dimanfaatkan untuk masyarakat tempatan dan membantu pembangunan komuniti dari segi ekonomi, pendidikan dan kemudahan infrastruktur....baca selanjutnya
PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE ONLINE SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 61
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018Aktiviti ini telah menarik lebih 10 orang pelajar daripada komuniti untuk hadir menyertai jigsaw puzzle online sempena sambutan hari kemerdekaan ini....baca selanjutnya
DIGI ACADEMY: DIGI LITERACY PROGRAM
Aktiviti Terkini | 20 Julai 2018Aktiviti ini dapat mengukuhkan kemahiran berfikir pelajar dengan menggalakkan mereka untuk berfikir secara logik dan sistematik dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya
PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK DAN LAWATAN KE PUSAT INTERNET KG HULU CHUCHOH OLEH PEJABAT TANAH DAN DAERAH SEPANG DAN PEMADAM
Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018Aktiviti ini telah menarik lebih 10 orang penduduk daripada komuniti untuk hadir menyertai aktiviti ini dan lebih 15 orang daripada PEMADAM menyediakan bubur lambuk. Dikesempatan ini, PI telah menerima lawatan daripada Pegawai Daerah untuk melihat peranan PI kepada masyarakat tempatan....baca selanjutnya
AKTIVITI MEMBACA DI PUSAT INTERNET KG HULU CHUCHOH
Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018Aktiviti ini telah menarik lebih 15 orang penduduk daripada komuniti untuk hadir menyertai aktiviti ini. Kebanyakkan peserta terdiri daripada pelajar sekolah. Ada yang mengambil kesempatan daripada aktiviti ini untuk menyiapkan kerja sekolah mereka....baca selanjutnya
LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI
Aktiviti Terkini | 07 April 2018Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI1M HULU CHUCHOH
Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018Program dijalankan khusus untuk megeratkan silaturahim. Secara tidak langsung dapat memperkenalkan pusat internet kepada seluruh penduduk kampong. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk mengenali produk produk yang telah disediakan oleh pihak DiGi....baca selanjutnya
BENGKEL ASAS ICT (MEDIA SOSIAL)
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti BANGHURIS berkaitan asas ICT (Media sosial) seperti emel, Facebook dan Youtube dan memperkukuhkan lagi pemahaman mereka dalam bidang ICT dalam menyebarkan maklumat, berita dan promosi mengenai hasil usahawan setempat.....baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018Program Advokasi ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain...baca selanjutnya