Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL MYCYBERGENIUS TRAINING OF TRAINERS

Aktiviti Terkini | 20227 - 30 Disember 2022

Pihak Jabatan Program Komuniti (COMPD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah mengadakan siri Program Latihan Kejurulatihan (Training of Trainers- ToT) untuk semua ketua kluster PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM (PEDAS) KELAS INSTAGRAM BUSINESS DAN APPS CANVA BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 12 & 13 November 2022

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), melancarkan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) di seluruh negara melalui 10 Pusat Internet Desa (PID) untuk menggalakkan transformasi digital di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar, sejajar dengan perkembangan e-dagang yang pesat....baca selanjutnya

PROGRAM WANITA BANGKIT BERSAMA KPWKM

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2022

Penubuhan Program Wanita Bangkit Berniaga adalah untuk berkongsi pengalaman bagi mendorong peniaga dan usahawan wanita di luar sana bangkit berjaya...baca selanjutnya

PROGRAM BENGKEL HIASAN PASU CACTUS DINDING BERSAMA PWB DUN SG PELEK

Aktiviti Terkini | 17 September 2022

Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Sungai pelek sekarang ini sedang bergerak aktif memberdayakan wanita melalui pelbagai program seperti bengkel memasak, menjahit, kursus-kursus kepimpinan, keusahawanan, pengurusan kewangan, pemantapan ekonomi, kesedaran kesihatan dan pelbagi lagi.pada kali ini penduduk kg hulu chuchoh dan pengurus pedi kg hulu chuchoh telah terpilih untuk turut serta bengkel hiasan pasu cactus dinding yang dijalankan untuk di jadikan perhiasan rumah ,kelas ini memberi keutamaan kepada para wanita dan suri rumah tunggal, selain itu kelas ini bimbing oleh tenaga pengajar yang mahir dalam bidang pembikinan hiasan pokok cactus dinding....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2022 @ NEGERI SELANGOR

Aktiviti Terkini | 14-15 Ogos 2022

MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk menganjurkan sumber sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat . Dengan moto Belajar, Nikmati , berkhidmat, Respect adalah diharapkan bahawa Program MIV akan dapat meningkatkan program celik digital di seluruh negara....baca selanjutnya

PROGRAM DE’ INDUSTRIAL ENTREPRENEURSHIP BOOTCAMP

Aktiviti Terkini | 18 & 20 Julai 2022

Program PeDAS yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ini menyelesaikan masalah kekurangan akses kepada pengetahuan dan panduan untuk mengembangkan perniagaan secara online yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan mikro di luar bandar....baca selanjutnya

PROGRAM DEMO MASAKAN BERSAMA PENDUDUK BANGHURIS ANJURAN PUSAT WANITA BERDAYA

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Sungai pelek sekarang ini sedang bergerak aktif memberdayakan wanita melalui pelbagai program seperti bengkel memasak, menjahit, kursus-kursus kepimpinan, keusahawanan, pengurusan kewangan, pemantapan ekonomi, kesedaran kesihatan dan pelbagi lagi.pada kali ini penduduk kg hulu chuchoh telah terpilih untuk turut serta bengkel demo masakan yang dijalankan untuk di jadikan sebagai frozen ,kelas ini memberi keutamaan kepada para peniaga dan suri rumah tanggal, selain itu kelas ini bimbing oleh chef dan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang membuat frozen....baca selanjutnya

WEBINAR PROGRAM AWET MAKANAN DI PEDI KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Ringasan Program ini dijalankan adalah untuk mempelajari ilmu awet makanan ,iaitu dari asas teknologi pengawetan untuk memastikan produk tahan lama sehingga teknik secara terperinci untuk produk anda tahan sehingga 1 tahun hanya menggunakan peralatan rumah....baca selanjutnya

WEBINAR PROGRAM PENERIMAGUNAAN DIGITAL MDEC BERSAMA PEDI

Aktiviti Terkini | 20 April 2022

Tujuan pertubuhan Mdec adalah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital, memastikannya inklusif dan bermanfaat untuk semua, tertumpu pada pemacu utama iaitu memperkasakan rakyat Malaysia dengan Kemahiran Digital, Memperkasa perniagaan ke arah pendigitalan, dan mendorong Pelaburan Sektor Digital. MDEC komited untuk melaksanakan inisiatif digital utama yang diumumkan menerusi MyDIGITAL berpandukan tiga teras strategiknya iaitu rakyat Malaysia yang berkemahiran kemahiran digital,perniagaan diperkasa secara digital dan pelaburan digital. Visi MDEC adalah untuk mewujudkan masyarakat yang terintegrasi dengan teknologi yang berpusat pada memastikan kesejahteraan bersama bagi semua golongan rakyat ke arah mewujudkan Malaysia 5.0...baca selanjutnya

PROGRAM BELAJAR MEMBUAT ROTI BERSAMA PENDUDUK BANGHURIS ANJURAN PUSAT WANITA BERDAYA

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Sungai pelek sekarang ini sedang bergerak aktif memberdayakan wanita melalui pelbagai program seperti bengkel memasak, menjahit, kursus-kursus kepimpinan, keusahawanan, pengurusan kewangan, pemantapan ekonomi, kesedaran kesihatan dan pelbagi lagi.pada kali ini penduduk kg hulu chuchoh telah terpilih kursus membuat roti sosej,roti kacang dan dodol,kelas ini turut di bombing oleh chef dan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang membuat roti....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGIAN MENGENAI CARA MEMBINA COPY WRITING UNTUK PARA PENIAGA

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” Pedi Kampung Hulu Chuchoh di mana pihak Pedi membuat perkongsian mengenai cara membina copy writing untuk para peniaga ,perkongsian ini adalah sangat penting. ia memerlukan pengetahuan untuk mencari prospek atau pembeli.perkongsian ini juga banyak memberi pendedahan kepada para peniaga yang ingin menceburkan perniagaan secara online mahupun kedai.selain itu juga perkongsian ini boleh di aplikasikan oleh pengikut-pengikut page facebook dan sekitar banghuris....baca selanjutnya

PROGRAM MENCIPTAVIDEO PENDEK BERTEMAKAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital Kg Hulu Chuchoh bersama-sama ahli pedi kg hulu chuchoh membuat perkongsian dan tunjuk ajar cara membuat video pendek bertemakan perayaan tahun baru cina .Dengan adanya aktiviti ini adalah ingin memberi pendedahan bahawa kita hidup berbilang kaum dan harus saling hormat menghormati adat dan agama setiap kaum.Selain itu juga Penyelia pedi ingin mengasah bakat anak-anak untuk mencipta satu video pendek yang dapat diaplikasikan oleh anak-anak di sekolah mahupun untuk mengisi masa lapang....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti