Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut sejarah, asal nama Hulu Chuchoh ini berasal dari kaum asli yang mula mendiami kawasan ini iaitu “Cucoh” yang bererti perbalahan sewaktu dua orang batin asli iaitu Batin Lipat dan Batin Bolos menyusuri Sungai Sepang Kecil untuk mudik ke hulu. Peristiwa itu berlaku menurut sejarahnya sekitar tahun 1920an. Dari peristiwa itulah maka nama Hulu Chuchoh tercipta hingga ke hari ini.

Kampung Hulu Chuchoh sewaktu dibuka pada tahun 19046 hanya mempunyai beberapa orang penduduk sahaja yang diketuai oleh Tuan Haji Syukur bin Joyokarto ketika itu dikenali dengan panggilan Pak Lurah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM GOOGLE MEET BERSAMA LPPKN : KESEDARAN MENGENAI PENDIDIKAN SEKSUAL

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Kg Hulu Chuchoh bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalankan google meet untuk memberi kesedaran para remaja dikawasap sekitar Pedi kg hulu chuchoh mengenai kesedaran cabul dan rogol....baca selanjutnya

PROGRAM #JOMCH/LLOUT @KAFETEEN DAN PERKHIDMATAN KELUARGA BERGERAK

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

Pusat Ekonomi Digital Kg Hulu Chuchoh bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengadakan program Kafeteen dan perkhidmatan keluarga bergerak untuk penduduk disekitar kg hulu chuchoh.Antara aktiviti Kafeteen untuk para remaja adalah seperti Teenchat, Permainan Interaktif,inventori Personaliti, TeenVid Awesome....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGIAN MENGENAI 9 APLIKASI KEWANGAN BAGI MERANCANG PERBELANJAAN

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kampung Hulu Chuchoh di mana pihak PIK membuat perkongsian mengenai Pengurusan kewangan yang merupakan kemahiran hidup yang sangat penting. Seperti kemahiran lain, ia memerlukan pengetahuan, kesabaran, ketabahan serta perlu diamalkan dengan konsisten agar mencapai matlamat diingini.selain itu juga perkongsian ini boleh di aplikasikan oleh pengikut-pengikut page facebook dan sekitar banghuris....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TEMPAT MENARIK DISEPANG SIRI I

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kampung Hulu Chuchoh di mana pihak PIK membuat perkongsian tempat–tempat menarik di daerah sepang. Perkongsian ini adalah mengenai sector pelancongan yang dapat dikunjungi oleh pengikut-pengikut page facebook ataupun penduduk disekitar Selangor ....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (PENGURUSAN DATA PERIBADI)

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kampung Hulu Chuchoh di mana pihak PIK membuat perkongsian Klik dengan bijak iaitu pengurusan data pribadi. Perkongsian ini adalah ilmu yang bermanfaat untuk pengikut-pengikut page facebook ianya amat perlu dipraktikkan oleh penduduk setempat demi keselamatan peribadi....baca selanjutnya

TEKNIK CLOSE SALE BUSINESS SECARA STREAMING

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2021

Program ini adalah untuk membantu produk usahawan tempatan...baca selanjutnya

BUAL BICARA LIVE BERSAMA CIK SOLIHAH (USAHAWAN PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY BUN & BALLON)

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2021

Program ini adalah untuk memperkenalkan produk usahawan tempatan...baca selanjutnya

KELAS MEREKA KAD RAYA MENGUNAKAN APPS CANVA DI PIK KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 9 Mei 2021

Program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta kegunaan apps canva sebagai salah satu platform pembelajaran secara online....baca selanjutnya

PROGRAM AMAL SAMBUT PUASA BERSAMA USAHAWAN SAYUR PENDUDUK KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 18 April 2021

Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG PENDUDUK KG HULU CHUCHOH

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat....baca selanjutnya

“PROGRAM JOM TUISYEN@SPM”

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2021

Salah satu cara Pusat Internet Komuniti menjalankan aktiviti secara talian langsung selain daripada mengadakan kelas atau seminar secara fizikal...baca selanjutnya

KELAS MICROBIT SECARA ATAS TALIAN (FB LIVE)

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2021

Mengajar secara atas talian sebagai salah satu alternatif selain mengadakan kelas secara fizikal di Pusa Internet kerana wabak Covid19 ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti